Mahasiswa dinilai sebagai sebuah kelompok masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini kerana, mereka adalah institusi yang bakal memimpin negara ini dalam pembangunan negara dalam semua aspek. Pilihan raya kampus adalah medan yang boleh digunakan oleh semua siswa dan siswi bagi melatih diri mereka sama ada ingin menjadi pemimpin mahu pun terlibat dalam proses pemilihan pemimpin mereka.
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan juga turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin mereka pada sesi 2012/2013. Seramai 13 calon telah menyatakan pendirian mereka bagi merebut kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi kali ini. Daripada 13 calon yang betanding bagi Kampus Antarabangsa Labuan, hanya enam daripada mereka akan berjaya menduduki kerusi dalam majlis perwakilan tersebut.
Sesi rapat umum yang telah berjalan selama dua hari yang bertempat di Kolej Kediaman Mutiara dan Kolej Kediaman Alpha, menyaksikan kesemua calon menyampaikan manifesto mereka dengan penuh semangat dan meyakinkan bagi meraih undi siswa dan siswi UMSKAL.
Namun yang demikian, kejadian yang amat mendukacitakan berlaku ketika rapat umum hari kedua sedang dijalankan. Provokasi telah dilakukan dan menyebabkan kekecohan berlaku antara penyokong calon masing-masing. Kejadian ini berlaku ketika sesi rapat umum bagi calon kerusi umum tengah berlangsung yang turut menyebabkan sesi tersebut terhenti buat seketika.
Pihak keselamatan kampus terpaksa campur tangan dalam kekacauan tersebut sebelum kejadian bertambah teruk. yang sepatutnya tidak perlu campur tangan oleh mereka sekiranya para penyokong dapat mengawal emosi masing-masing. Akhirnya, salah faham yang berlaku dapat diselesaikan antara mereka.
Siswa dan siswa harus faham bahawa pertelingkahan antara mereka tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada diri mereka mahu pun orang di sekeliling mereka. Adalah diharapkan bahawa Pilihan Raya Kampus pada kali ini dapat dijalankan dengan tenteram selaras dengan visi Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah yang mahukan kampus ini menjadi Kampus Harmoni.
Dengan rapat umum yang berbaki satu hari lagi yag akan berlangsung di Kolej Kediaman Beta pada 24-September-2012 akan dijadikan platform oleh siswa dan siswi bagi mereka mengenali bakal pemimpin mereka.
i'm looking forward to seeing more matured students for this campus as for the last 10 years there wasn't anything similar to what you had described..anyway whoever wins this election and whatever manifesto brought up...I believed it's all for you..students...so..show your maturity..
ReplyDelete