Pages

Monday, 24 September 2012

Kolej Alpha : Medan Rapat Umum Hari Kedua PRK UMSKAL 2012/2013

Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan sesi 2012/2013 diteruskan lagi dengan rapat umum hari kedua yang dijalankan di Kolej Kediaman Alpha. Rapat Umum yang berlangsung di Alpha Satu tersebut menarik minat para penghuni kolej kediaman berkenaan yang semuanya adalah pelajar siswa. 

Pengucapan Awam yang dimulakan dengan calon-calon yang bertanding bagi kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL).
Saudara Mateen (I01) memulakan rapat umum berkenaan yang disusuli oleh saudara Lim Yao Li (I02) dan diakhiri oleh saudari Yong Yoon Shin (I03). Masing-masing menyampaikan manifesto mereka yang menekankan pembangunan siswa-siswi SSIL yang bakal mereka perjuangan.

Rapat umum itu kemudianya diteruskan lagi dengan calon-calon yang bertanding bagi merebut kerusi Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL). Calon bernombor G02 iaitu saudara Sivendran memulakan rapat umum berkenaan, kemudian diikuti oleh saudara Aznil Ashikin (G03). Selepas itu, rapat umum berkenaan dipanaskan lagi dengan saudara Prem Nambyar (G04) menyampaikan ucapan beliau. G01 iaitu saudara Mohammad Asyraf mengambil tempat di atas pentas bagi menyampaikan manifesto beliau. . Calon terakhir bagi merebut kerusi SPKAL ialah suadari Keliana (G05) kemudian menyampaikan manifesto beliau bagi meraih undi siswa dan siswi UMSKAL.

Selepas rapat umum dilakukan oleh kesemua calon yang bertanding dalam merebut kerusi sekolah, calon-calon bagi kerusi umum pula memulakan kempen mereka. Kerusi umum bagi UMSKAL pada sesi kali ini menyaksikan pertandingan lima penjuru iaitu tiga orang siswa dan dua siswi, yang masing-masing menyampaikan manifesto dengan penuh semangat. U01 saudara Shah Jabran menyampaikan manifesto beliau dengan penuh bergaya yang kemudianya disusuli oleh U02 saudara Haziq Hafizzudin. Wakil siswi pertama menyampaikan manifesto adalah saudari Marshela (G03), beliau menggunakan kaedah sebagai seorang pemidato dalam sesi rapat umum kali ini. Saudara Najib (G04) kemudian meneruskan sesi rapat umum berkenaan yang mempunyai manifesto tersendiri. Sesi rapat umum yang kedua yang berlangsung di Kolej Kediaman Alpha kali ini diakhiri dengan saudari Vanessa Appines (G05).

Rapat umum hari kedua kali ini meriah dengan kehadiran para penyokong calon masing-masing. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan, tetapi semangat kesemua calon  sangat membara dalam meraih undi masing-masing ketika menyampaikan manifesto mereka.

Semoga pemimpin yang bakal menerajui dalam kepimpinan mahasiswa akan memperjuangkan apa yang mereka perkatakan kerana kata-kata seorang pemimpin adalah janji kepada golongan yang dipimpin. 



0 comments:

Post a Comment