Pages

Saturday, 22 September 2012

Pilihan Raya Kampus UMSKAL 2012.


Pilihan Raya Kampus UMSKAL 2012. 


21 September 2012 merupakan antara tarikh yang penting dalam Pilihan Raya Kampus pada tahun ini. Bermula dengan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 pada 18/9/2012 yang lalu, proses pilihan raya kampus ini diteruskan dengan hari penamaan calon pada sebelah pagi dan majlis pengenalan calon pada sebelah malam.


 Majlis Pengenalan calon yang diadakan di Dewan Utama UMSKAL, menyaksikan kesemua calon MPP sesi 2012/2013 diperkenalkan secara rasminya oleh pihak pentadbiran yang disusuli dengan pengucapan awam dari setiap calon yang bertanding.




Seramai 13 siswa/i bertanding dalam pilihan raya kali ini yang menyaksikan pertandingan lima penjuru untuk kerusi umum , lima pencalonan kerusi Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) dan tiga calon bagi kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). Kesemua mereka menyampaikan manifesto masing-masing pada malam pengenalan yang kemudiannya di akhiri dengan penyampaian poster kempen oleh Encik Samsulbahri M. Nasir.

Dari kiri: Vanessa, Marshela, Haziq, Shah Jabran & Najib.
Kampus Antarabangsa Labuan mempunyai kuota sebanyak dua kerusi umum pada pemilihan kali ini. Lima calon yang terdiri daripada siswa/i tahun dua dan tiga mempertaruhkan manifesto masing-masing. Al-Mughni Shah Jabran  Aida Ros, Haziq Hafizzudin Tamsir, Marshela  Foh, Md Najib Rubin dan Vanessa Appines Idris adalah calon-calon yang bakal merebut dua kerusi umum pada pemilihan kali ini.

Dari kiri: Keliana, Prem, Aznil, Sivendran & Asyraf.


Kerusi Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL) yang mempunyai kuota sebanyak dua kerusi  menyaksikan pertandingan antara Mohammad Asyraf Zulkifli, Sivendran Rajendran, Mohd Aznil Ashikin Suhaili, Prem Nambyar Vasu Devan dan wakil tunggal siswi adalah saudari Keliana Jaflin.

Dari kiri: Yoon Shin, Yao Li & Mateen.




Mohammad Mateen Mohd Sabri, Lim Yao Li dan Yong Yoon Shin akan bertanding bagi kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) dengan kuota sebanyak dua kerusi dalam kabinet MPP UMS.  





Adalah diharapkan pada pemilihan kali ini akan membawa kematangan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah yang bakal mengangkat martabat siswa siswi UMS dalam pembangunan masyarakat secara keseluruhannya.









0 comments:

Post a Comment