Pages

Wednesday, 26 September 2012

Keputusan Rasmi : MPP UMSKAL 2012/2013

Setelah tiga hari berkempen oleh 13 orang calon bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. 25-September-2012 adalah hari pembuangan undi oleh siswa dan siswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Proses pengundian dibuka seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang bertempat di Dewan Theatrette itu dijalankan tanpa sebarang masalah atau pun kejadian luar jangka.

Tepat pada jam 6.15 petang, keputusan rasmi bagi pemilihan sesi kali ini diumumkan oleh Profesor Madya Dr Ismail Ali, Pengarah Kampus Antarabangsa Labuan.

Berikut adalah keputusan pada pemilihan kali ini :

Kerusi Umum :


Nama
Undian
Al-Mughni Shah Jabran Bin Aida Ros
970
Haziq Hafizuddin Bin Tamsir
668
Marshela Binti Foh
686
Mohd. Najib Bin Rubin
896
Vanessa Apines Idris
222

Secara automatik Al-Mughni Shah Jabran dan Mohd Najib Bin Rubin akan menduduki Majlis Tertinggi MPP UMS sesi 2012/2013.

Kerusi Sekolah Perniagaan Dan Kewangan Antarabangsa Labuan:


Nama
Undian
Mohammad Asyraf Bin Zulkifli
528
Sivendran A/L Rajendran
466
Mohd Aznil Ashikin Bin Suhaili
548
Prem Nambyar A/L Vasu Devan
525
Keliana Bt Jaflin
719

Dengan undian tertinggi 719 dan 548, Keliana Bt Jaflin dan Mohd Aznil Ashikin Bin Suhaili menjadi wakil SPKAL dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013.

Kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan:


Muhammad Mateen  Bin Mohd. Sabri
193
Lim Yao Li
249
Yong Yoong Shin
200

Lim Yao Li dan saudari Yong Yoong Shin akan menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UMS sesi 2012/2013.

Peratusan keluar mengundi pada kali ini turut diumumkan oleh Pengarah Kampus Antarabangsa Labuan. 
 Seramai 2097 orang pelajar yang berdaftar di Kampus Antarabangsa Labuan yang merangkumi dua buah sekolah iaitu SPKAL dan SSIL. Peratusan yang keluar mengundi adalah sebanyak 83.5% atau pun 1751 orang pelajar. Sebanyak 1721 adalah undi sah atau 98%, manakala 30 undi rosak atau pun 1.66%.

Maka dengan keputusan rasmi tersebut berakhirlah debaran yang terdapat di dalam diri calon dan adalah diharapkan bahawa kesemua yang didpilih akan menggalas tanggunjawab mereka dengan amanah dan telus sebagai pemimpin mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment