Pilihan Raya Kampus UMSKAL telah mencapai kemuncaknya pada malam tadi apabila rapat umum yang terakhir dijalankan bertempat di Kolej Kediaman Beta. Rapat umum berkenaan adalah sesi yang terakhir bagi para calon meraih undi daripada warga UMSKAL dengan manifesto mereka masing-masing. Sesi berkenaan mendapat perhatian oleh siswa dan siswi UMSKAL, kerana ia akan menjadi tempat mereka mengenali bakal pemimpin sebelum para pelajar menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi calon yang bertanding bagi menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah sesi 2012/2013.
Kesemua 13 calon yang bertanding menyampaikan manifesto dengan semangat meraka yang tinggi yang juga didorong oleh sokongan para hadirin yang hadir pada rapat umum berkenaan. Keadaan begitu meriah dengan kata-kata indah yang dikeluarkan oleh para calon menarik perhatian penghuni Kolej Kediaman Beta.
Selain daripada kehadiran para pelajar, sesi rapat umum yang terakhir ini juga mendapat perhatian daripada pihak pengurusan tertinggi Kampus Antarabangsa Labuan iaitu Pengarah Kampus sendiri Professor Madya Dr Ismail Ali dan juga Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan, Profesor Madya Dr Norazah Mohd Suki.
Oleh yang demikian, dengan berakhirnya rapat umum berkenaan maka tanggunjawab diserahkan kepada para pelajar UMSKAL bagi menentukan siapakah yang layak menduduki kerusi MPP sesi 2012/2013 pada kali ini. Sesiapa pun yang dipilih harus mencuba sedaya upaya mereka bagi menunaikan manifesto yang gunakan untuk menduduki kerusi perwakilan pelajar UMS.
0 comments:
Post a Comment