Demam Pilihan Raya Kampus Antarabangsa Labuan diteruskan lagi dengan rapat umum pada 22-September-2012 yang bermula di Kolej Kediaman Mutiara. Kesemua calon kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 meneruskan kempen dengan menyampaikan manifesto yang mereka canangkan pada Majlis Pengenalan Calon sehari sebelum rapat umum dimulakan di kolej-kolej kediaman UMSKAL.
Rapat Umum yang dijalankan di Kolej Kediaman Mutiara juga merupakan kolej kediaman bagi siswi menarik perhatian kepada mereka yang tidak dapat menyaksikan dan mendengar manifesto para calon pada malam pengenalan sebelumnya. Keadaan yang begitu meriah dengan kehadiran para penyokong masing-masing dan penghuni kolej kediaman itu sendiri.
Acara yang bermula pada jam 8.00 Malam ini, menyaksikan kelima-lima calon bagi kerusi umum memulakan medan pengucapan awan dengan memberikan kata-kata yang begitu indah bagi menarik perhatian kesemua penghuni Kolej Kediaman Mutiara. Kehangatan pentas diteruskan dengan calon bagi kerusi SPKAL menyampaikan manifesto yang diakhiri dengan calon-calon yang bertanding bagi kerusi SSSIL. Rapat umum ini dijalankan bagi mendekatkan lagi para calon yang bertanding kepada penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
Ketika pengucapan awam sedang dijalankan oleh calon, rapat umum ini juga mendapat perhatian oleh pihak pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Sabah iaitu Timbalan Naib Cancelor Akademik Dan Antarabangsa, Yang Berusaha Proffesor Dr Shariff Abdul Kadir Shariff Omang Al-Haj. Beliau sendiri turun ke Kolej Kediaman Mutiara bagi menyaksikan rapat umum yang sedang dijalankan.
Rapat umum yang pertama ini tentunya mendapat perhatian daripada para penyokong calon itu sendiri. Semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi kampus ini menunjukkan mereka tahu apa yang penting dalam setiap kali pilihan raya kampus dijalankan iaitu kematangan dalam berkempen tanpa menyebabkan sebarang kekacauan dan hal-hal luar jangka yang boleh menyebabkan ketidak tenteraman awam.

0 comments:
Post a Comment