Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21-November-2011 bertujuan mengurangkan kos sara hidup siswa dan siswa di IPTA/IPTS seluruh negara. Pelajar akan mendapat diskaun terhadap pembelian barang-barang dan perkhidmatan terpilih dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat/kedai yang menyertainya.
Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan turut menerima kad tersebut yang mula diagihkan bermula pada 27-September-2012 secara berperingkat. Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan dipertanggungjawabkan bagi mengagihkan kad tersebut kepada pelajar. Pejabat tersebut sesak pada sesi pertama pengagihan yang bermula pada jam 10.00 pagi.
Kegembiraan terpancar di setiap wajah pelajara tatkala menerima kad diskaun tersebut kerana mereka yakin bahawa kaedah akan menjadikan kos sara hidup mereka tidak terlalu tinggi. Sudah tentu dengan adanya mekanisme seperti kad diskaun ini bakal mengurangkan beban hidup mereka ketika menimba ilmu di institusi pengajian tinggi khususnya di Kampus Antarabangsa Labuan ini.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kad diskaun 1Malaysia tersebut pelajar boleh melayari laman sesawang di http://www.1pengguna.com/kads1m.

0 comments:
Post a Comment