29.September.2012 pada pukul 7.30 malam bertempat di Dewan Utama telah berlansungnya Sesi Ramah Mesra Bersama Pengetua dan Felo Kolej Kediaman bersama sama dgn mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMS KAL).Perjumpaan tersebut dimulakan dengan kedatangan para pelajar dan felo kolej kediaman Alpha,Beta dan Mutiara.Selepas itu diiringi dengan lagu Negaraku dan ucapan alu aluan oleh Pengetua Kolej kediaman iaitu Encik Shamsul Bahri.Sebagai langkah menghargai kedatangan pelajar mata SDP telah diberikan kepada pelajar oleh pihak kolej kediaman.
Selepas itu pengenalan felo felo kolej kediaman kepada semua pelajar beserta dengan penerangan mengenai peraturan di dalam kawasan asrama dan denda yang akan dikenakan kepada pelajar sekiranya melanggar peraturan yg telah termaktub di dalam peraturan Kolej kediaman.Sesi Ramah Mesra yang dijalankan oleh pihak JAKMAS ini banyak memberikan input kepada pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar baru mengenai peraturan dan lebih mengenali felo-felo Kolej Kediaman yang terdapat di UMS KAL ini.
0 comments:
Post a Comment