29.September.2012 pada pukul 7.30 malam bertempat di Dewan Utama telah berlansungnya Sesi Ramah Mesra Bersama Pengetua dan Felo Kolej Kediaman bersama sama dgn mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(UMS KAL).Perjumpaan tersebut dimulakan dengan kedatangan para pelajar dan felo kolej kediaman Alpha,Beta dan Mutiara.Selepas itu diiringi dengan lagu Negaraku dan ucapan alu aluan oleh Pengetua Kolej kediaman iaitu Encik Shamsul Bahri.Sebagai langkah menghargai kedatangan pelajar mata SDP telah diberikan kepada pelajar oleh pihak kolej kediaman.