UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

"Bertekad Cemerlang" menjadi pegangan setiap warga kampus.

Labuan International Campus

Diversified in students background creates a harmony environment.

Kampus Antarabangsa Labuan

Fokus dalam melahirkan graduan yang bertaraf anatarabangsa.

Universiti Malaysia Sabah - Labuan International Campus

Campus that have beautiful scenery facing to the South East China Sea.

Federal Territory Of Labuan

Home of UMSKAL and also a International Business and Finance Center in Malaysia.

Welcome To SPECTRUM UMSKAL : Pencetus Revolusi Pemikiran Mahasiswa.

This site was created to allow off-campus community people know more about the activities performed by the students in UMSKAL. It is also to enable the students to voice out their opinions on various issues and problems arise. Apart from that, they are also encouraged to cast ideas in creating a society that is more excellent.

Pages

Monday, 4 March 2013

Pesta Ponggal UMSKAL 2013


Pesta Ponggal 2013, UMS Kampus Antarabangsa Labuan  telah pun diadakan pada 2-Mac-2013 di padang, UMSKAL.
Pesta tersebut diserikan dengan kehadiran Yg. Berbahagia En. Ramasamy  A/L Rengsamy selaku Ketua Bahagian MIC Labuan. Turut hadir bagi memeriahkan Pesta Ponggal adalah Yg.Berbahagia En. Musnin Bin Mat Tersah, Penolong Pendaftar Kanan HEP, En. Sofian Osman , Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Naib Presiden KAL- sdr. Najib Rubin dan YDP JAKMAS ALPHA – sdr. Rosdi.

Pesta Ponggal 2013, dirasmikan oleh Yg. Berbahagia En. Musnin Bin Mat Tersah, Penolong Pendaftar Kanan dan melalui ucapan alu-aluan beliau harapkan Pesta Ponggal 2013 ini akan menjadi satu titik perhubungan diantara semua warga UMSKAL dan menekankan Pesta tersebut dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan kaum India di UMS Kampus Antarabangsa  Labuan supaya dapat memperkenalkan  serta memupukan  kebudayaan masyarakat India.


Ketua Bahagian MIC Labuan, En. Ramasamy memberitahu kepada para hadirin bahawa Pesta Ponggal bermaksud limpah ruah dan diraihkan untuk memuja Dewa Matahari sebagai tanda berterima kasih dan juga kepada ternakan  ladang yang membantu dalam penghasilkan padi. Ahkirnya, berpendapat bahawa Pesta Ponggal ini akan memberikan satu peluang  kepada kaum lain untuk mempelajari tradisi kaum India. Pesta Ponggal 2013 tersebut, diakhiri dengan tarian tradisional India yang dikenali sebagai “KOLATTAM”.

Tuesday, 26 February 2013

Penyerahan BB1M kepada Mahasiswa UMSKAL 2013


Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 peringkat UMS Kampus Antarabangsa Labuan telah pun diadakan pada 25-Februari-2013 bertempat di Dewan Theatrette, UMSKAL.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Madya Datuk Dr Hj Kassim Hj Md Mansur, selaku Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Pengarah UMSKAL, Yang Berusaha Profesor Madya Dr Ismail Ali, dekan Sekolah Sains Informatik Labuan - Dr Ag Asri Ag Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan UMSKAL - En Zamri Tuah dan Naib Presiden MPP UMSKAL - Sdr Najib Rubin.

Tuesday, 16 October 2012

Kabinet Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS)



Pada 12-Oktober-2012 yang lalu, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) telah pun membentuk satu kabinet yang baharu. JAKMAS pada kali ini dipilih melalui proses temuduga yang panelnya terdiri daripada Pegetua Kolej Kediaman UMSKAL En. Samsulbahri Md Nasir dan juga felo-felo kolej kediaman. 


Berikut adalah senarai Kabinet JAKMAS yang baharu:

Saturday, 13 October 2012

Majlis Perarakan Berjubah UMSKAL 2012

Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan sekali lagi tahun ini meneruskan tradisi Majlis Perarakan Berjubah bagi meraikan para siswa/siswi yang bakal bergraduasi, acara yang dianggap

Thursday, 4 October 2012

Majlis Pelancaran Promosi Tamu Gadang UMSKAL 2012

Pada 3-November-2012, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan telah pun memulakan promosi Tamu Gadang mereka. Promosi tersebut diraasmikan oleh Pengarah Kampus sendiri iaitu Profesor Madya Dr Ismail Ali, bertempat di ruang legar bangunan menara UMSKAL pada jam 4.30 petang.

Promosi pada tahun ini UMSKAL menimbulkan sedikit kelainan apabila promosi dilakukan secara berkonvoi oleh 20 siswa/i kampus dengan menggunakan basikal. Acara tersebut yang bermula daripada UMSKAL kemudiannya bergerak ke Taman Perumahan Mutiara yang terletak di Sungai Bedaun. Konvoi tersebut melakukan promosi dikawasan sekitar kampung dan perumahan dengan mengedarkan risalah yang memaparkan tentatif program Tamu Gadang pada tahun ini.

Perjalanan konvoi yang dianggarkan sejauh 30 kilometer ini mendapat reaksi yang positif daripada masyarakat setempat. Hal ini kerana, melalui kaedah seperti ini akan membawa pelajar kampus lebih dekat lagi bersama-sama dengan masyarakt di Labuan ini.

Tamu Gadang UMSKAL pada tahun ini dijalankan selama empat hari, iaitu 11-14 November 2012. Pelbagai aktiviti menarik yang dirancangkan oleh pihak kampus bagi menarik perhatian penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada pertandingan yang melibatkan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hinggalah pertandingan yang melibatkan peringkat dewasa, pengisian Tamu Gadang pada kali ini diharap mampu merapatkan interaksi antara masyarakat luar dan dalam kampus serta mempromosikan semngat hidup berharmoni dalam kalangan masyarakat setempat.

Promosi ini turut disertai oleh Pengarah Jawantankuasa Pelajar Tamu Gadang UMSKAL. saudara Haziq Hafizuddin. 20 siswa/i yang turut berkonvoi meliputi pelajar tahun satu hingga tahiun tiga serta bangsa dan agama menunjukkan bahawa Univeriti Malaysia Sabah merupakan sebuah kampus yang harmoni.