Pages

Saturday, 13 October 2012

Majlis Perarakan Berjubah UMSKAL 2012

Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan sekali lagi tahun ini meneruskan tradisi Majlis Perarakan Berjubah bagi meraikan para siswa/siswi yang bakal bergraduasi, acara yang dianggap
sebagi unik dan mempunyai kelainan  adalah acara tahunan yang disambut sejak tahun 2009. Perarakan Berjubah atau lebih dikenali sebagai "Town & Gown" ini merupakan simbolik penerimaan para graduat UMSKAL sebagai warga Wilayah Persekutuan Labuan oleh masyarakat setempat.


Perbadanan Labuan turut terlibat dalam penganjuran majlis pada kali ini yang menunjukkan kerjasama yang baik antara institusi pendidikan tinggi di pulau ini serta pihak berkuasa tempatan. Adalah menjadi suatu kebangaan kepada graduat UMSKAL diterima secara simboliknya menjadi warga tempatan Labuan setelah menghabiskan masa selama tiga hingga empat tahun pembelajaran mereka bagi mendapat gelaran mahasiswa/mahasiswi.

Perarakan yang bermula di hadapan bangunan perpustakaan awam Perbadanan Labuan ini mengambil jarak perjalan sejauh satu kilometer  yang menuju ke Dataran Labuan, mendapat perhatian daripada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang turut menyaksikan perarakan tersebut berlangsung yang sudah tentunya berjaya menarik perhatian mereka.

Rombongan berjubah UMSKAL tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah yang turut disertai oleh ahli-ahli Senat Universiti, para pensyarah dan para bakal graduan UMSKAL. Rombongan Perarakan Berjubah tersebut disambut oleh Yg. Berhormat Senator Datuk Hj. Yunus Bin Haji Kurus selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Yang Berusaha Encik Amir Onn Bin Mustafa merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Pengurusan Perbadanan Labuan di perkarangan Dataran Labuan.

Profesor Madya Dr Ismail Ali, Pegarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan menyempurnakan Upacara  Pembacaan Pernyataan Majlis bagi memohon keizinan graduan Universiti Malaysia Sabah sebagai warga Wilayah Persekutuan Labuan. Sejurus selepas itu, En. Amir Onn serta Yg. Berbahagia Profesor Datuk Dr Harun kemudianya menandatangani Watikah tersebut yang turut disaksikan oleh YB Datuk Haji Yunus serta Yg Berbahagia Datuk Abudullah Hj. Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah. Pertukaran Watikah antara pihak UMS dan Perbadanan Labuan tersebut adalah suatu simbolik penerimaan graduan UMSKAL sebagai warga WP Labuan. Ia juga menyemai semangat kekitaan, persahabatan dan kerjasama antara warga universiti khususnya graduan dan masyarakat setempat.

Selain daripada pertukaran watikah antara dua pihak, upacara Pemyerahan Kunci dan Sijil kepada setiap wakil program pengajian turut dilakukan. Sebanyak tujuh buah program pra-siswazah ditawarkan di Kampus Antarabangsa Labuan yang meliputi bidang pengajian perniagaan antarabangsa, kewangan serta multimedia dan e-dagang. Saudara Mohd Ashraff Bin Jainal mewakili bakal graduan UMSKAL, menyampaikan ucapan penghargaan pada majlis tersebut  yang mendapat perhatian para hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Perarakan tersebut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia Kontijen WP Labuan yang mengiringi rombongan sepanjang perjalanan mereka. Pasukan Pancaragam PDRM turut membantu dalam perarakan berjubah berkenaan. Selain daripada PDRM, badan beruniform UMSKAL turut terlibat dalam perarakan tersebut. Tiga badan beruniform UMS SEJATI iaitu Paramedik, Bomba dan Penyelamat serta Bencana Alam, Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan PALAPES Udara UMSKAL turut membantu dalam majlis berkenaan.





















0 comments:

Post a Comment