Pesta Ponggal 2013, UMS Kampus Antarabangsa Labuan telah pun diadakan pada 2-Mac-2013 di padang, UMSKAL.
Pesta tersebut diserikan dengan kehadiran Yg. Berbahagia En.
Ramasamy A/L Rengsamy selaku Ketua
Bahagian MIC Labuan. Turut hadir bagi memeriahkan Pesta Ponggal adalah Yg.Berbahagia
En. Musnin Bin Mat Tersah, Penolong Pendaftar Kanan HEP, En. Sofian Osman ,
Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Naib Presiden KAL- sdr. Najib Rubin dan
YDP JAKMAS ALPHA – sdr. Rosdi.
Pesta Ponggal 2013, dirasmikan oleh Yg. Berbahagia En.
Musnin Bin Mat Tersah, Penolong Pendaftar Kanan dan melalui ucapan alu-aluan
beliau harapkan Pesta Ponggal 2013 ini akan menjadi satu titik perhubungan
diantara semua warga UMSKAL dan menekankan Pesta tersebut dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan kaum India di UMS Kampus Antarabangsa Labuan supaya dapat memperkenalkan serta memupukan kebudayaan masyarakat India.
Ketua Bahagian MIC Labuan, En. Ramasamy memberitahu kepada
para hadirin bahawa Pesta Ponggal bermaksud limpah ruah dan diraihkan untuk
memuja Dewa Matahari sebagai tanda berterima kasih dan juga kepada ternakan ladang yang membantu dalam penghasilkan padi. Ahkirnya,
berpendapat bahawa Pesta Ponggal ini akan memberikan satu peluang kepada kaum lain untuk mempelajari tradisi
kaum India. Pesta Ponggal 2013 tersebut, diakhiri dengan tarian
tradisional India yang dikenali sebagai “KOLATTAM”.
0 comments:
Post a Comment