Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 peringkat UMS Kampus Antarabangsa Labuan telah pun diadakan pada 25-Februari-2013 bertempat di Dewan Theatrette, UMSKAL.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Madya Datuk Dr Hj Kassim Hj Md Mansur, selaku Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Pengarah UMSKAL, Yang Berusaha Profesor Madya Dr Ismail Ali, dekan Sekolah Sains Informatik Labuan - Dr Ag Asri Ag Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan UMSKAL - En Zamri Tuah dan Naib Presiden MPP UMSKAL - Sdr Najib Rubin.
Pengarah UMSKAL melalui ucapan alu-aluan beliau menekankan agar para pelajar harus menggunakan baucar yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia tersebut dengan cara yang baik dan bermanfaat kepada diri mereka. Disamping itu, Dr Ismail Ali turut berpesan kepada pelajar agar menumpukan segala fokus mereka terhadap akademik mereka demi menjadi modal insan yang berkualiti.
Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, memberitahu kepada hadirin yang hadir iaitu sebanyak RM4.2 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia bagi Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk diagihkan kepada 17,000 orang mahasiswa UMS disemua peringkat pengajian.
Majlis pernyerahan ini adalah kesinambungan daripada majlis perasmian Penyerahan BB1M yang dirasmikan oleh Menteri Mentor UMS, YB Datuk Anifah Hj Aman yang juga merupakan Menteri Luar Negeri Malaysia. Majlis penyerahan tersebut dijalankan di Dewan Kuliah Pusat Dua UMS, 23 Februari yang lalu.
Pengagihan BB1M ini kepada semua mahasiswa/i akan dilakukan pada 26 dan 27 Februari di ruang legar menara UMSKAL. Semoga dengan baucar buku ini akan meringankan beban para pelajar dalam perbelanjaan akademik mereka.
0 comments:
Post a Comment