Pages

Tuesday, 2 October 2012

Genarasi Al-Quran UMS KAL


Pada tanggal 1 October 2012 bertempat di Dewan Utama telah berlansungnya Program Generasi Al-Quran yang julung julung kali diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Program ini telah mendapat kerjasama daripada pihak JAKMAS, Sekretariat Masjid (SM), Tabung Haji, Pihak Jawi, Kafe UMSKAL Pentas Jaya dan Five Star Sport. Pengarah bagi Program Generasi Al-Quran ini ialah Saudari Nurraihan Binti Abu Bakar dari Jurusan HE20 telah menyusun gerak kerja bagi program ini. Majlis Tertinggi untuk Generasi Al-Quran ini terdiri daripada Saudara Mohd.Zikri Hakim bin Ismail selaku Timbalan Pengarah, Setiausaha Saudari Noor Nadia Binti  Ahmad Sabri dan Bendahari pula ialah Saudari Siti Hadijah binti Ayob.

Majlis telah bermula pada pukul 7.30malam dengan ketibaan para Siswa dan Siswi UMSKAL, diikuti dengan kedatangan VIP iaitu En Musnin Mattersa (Penolong Pendaftar Kanan Pentadbiran) selaku wakil Pengarah Kampus,Penyelaras Program iaitu Cik Haneefa Mukhclis Ghazali, Ustaz Sharizal Saffian sebagai penceramah jemputan dan Ustaz Maher Bin Zanial (wakil Jawi) dan Encik Samsulbahri. Alunan Asmaul Husna telah bergema di dewan utama sebagai pembuka Majlis Generasi Al-Quran. Selepas itu diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program iaitu Saudari Nurraihan dan acara kemuncaknya ialah selepas ucapan perasmian oleh En Musnin Mattersa penolong gimik perasmian oleh beliau.

Selain itu, diikuti dengan persembahan Murottal Quran oleh Saudara Haziq, deklamasi sajak oleh Saudara Aiman Rohaizad dan Pidato Perdana oleh Ustaz Sharizal Saffian yg bertajuk "Al-Quran: The Divine Verses Of Allah". Acara penutupannya dilansungkan dengan penyampaian cenderahati kepada VIP, persembahan nasyid dan diakhiri dengan Nyanyian Lagu Bertekad Cemerlang.


Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Program Generasi Al-Quran 2012 ini seperti Kelas Tajweed, Kelas Tadabbur, Kelas Terannum yang belangsung dari 2.10.2012 sehingga 6.10.2012. Semoga dengan program ini dapat memberi input dan pendedahan kepada Mahasiswa/Mahasiswi untuk menimba ilmu  sebanyak yang mungkin.

0 comments:

Post a Comment