Pada 3-November-2012, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan telah pun memulakan promosi Tamu Gadang mereka. Promosi tersebut diraasmikan oleh Pengarah Kampus sendiri iaitu Profesor Madya Dr Ismail Ali, bertempat di ruang legar bangunan menara UMSKAL pada jam 4.30 petang.
Promosi pada tahun ini UMSKAL menimbulkan sedikit kelainan apabila promosi dilakukan secara berkonvoi oleh 20 siswa/i kampus dengan menggunakan basikal. Acara tersebut yang bermula daripada UMSKAL kemudiannya bergerak ke Taman Perumahan Mutiara yang terletak di Sungai Bedaun. Konvoi tersebut melakukan promosi dikawasan sekitar kampung dan perumahan dengan mengedarkan risalah yang memaparkan tentatif program Tamu Gadang pada tahun ini.
Perjalanan konvoi yang dianggarkan sejauh 30 kilometer ini mendapat reaksi yang positif daripada masyarakat setempat. Hal ini kerana, melalui kaedah seperti ini akan membawa pelajar kampus lebih dekat lagi bersama-sama dengan masyarakt di Labuan ini.
Tamu Gadang UMSKAL pada tahun ini dijalankan selama empat hari, iaitu 11-14 November 2012. Pelbagai aktiviti menarik yang dirancangkan oleh pihak kampus bagi menarik perhatian penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada pertandingan yang melibatkan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hinggalah pertandingan yang melibatkan peringkat dewasa, pengisian Tamu Gadang pada kali ini diharap mampu merapatkan interaksi antara masyarakat luar dan dalam kampus serta mempromosikan semngat hidup berharmoni dalam kalangan masyarakat setempat.
Promosi ini turut disertai oleh Pengarah Jawantankuasa Pelajar Tamu Gadang UMSKAL. saudara Haziq Hafizuddin. 20 siswa/i yang turut berkonvoi meliputi pelajar tahun satu hingga tahiun tiga serta bangsa dan agama menunjukkan bahawa Univeriti Malaysia Sabah merupakan sebuah kampus yang harmoni.